Sunday, June 12, 2011

Marilah Mendirikan Solat...

Assalamualaikum....
Untuk entry kali ni, kita akan berkongsi sedikit sebanyak manfaat 
yang diperolehi umat Islam apabila mendirikan solat...


1. Solat sebagai PUNCAK IBADAH

Dikatakan bahawa solat adalah puncak dari segala ibadah kerana solat
 merupakan cara atau proses untuk menghadap Allah S.W.T..


2. Solat sebagai ZIKIR

Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:
" Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan (yang haq) selain Aku, maka 
sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku." (Thaha:14)


3. Solat sebagai DOA

Solat merupakan cara atau proses untuk bertemu dan berdialog dengan 
Allah S.W.T. Maka, solat itu juga merupakan cara atau proses yang
 paling tinggi dalam berdoa kepada Allah S.W.T...


4. Solat sebagai CARA UNTUK MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH S.W.T

Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang 
demikian itu sungguh berat, kecuali orang-orang yang khusyu'." (Al-Baqarah:45)


5. Solat sebagai CARA MENCEGAH PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR

Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu Al-Kitab (Al-Qur'an), dan 
dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) 
keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah
 lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah 
mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut:45)

Ayat Al-Qur'an di atas menjelaskan bahawa solat boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar. Solat juga menjadi dasar bagi kita untuk melaksanakan kebajikan dan menjauhi kemungkaran...

Haaa....Cmne kawan-kawan? 
Sekarang kita dah tahu kan betapa banyaknya kelebihan bersolat ni...
Tunggu ape lagi......
Meh la kita sama-sama hayati ape yang terkandung dalam entry kali ni...
Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH YANG MAHA ESA...

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...Wassalam.....~(^_^)





No comments:

Post a Comment