Tuesday, June 14, 2011

Save Our Nature....(*_*)

Hmm...Time entry nie ditaip, aku boring sgt..
Tak tahu nak buat apa...
Apa yang patut aku buat??
Tido? Oh..NO!!
Malam masih muda okay! Hahaha...
Facebook? Oh..My GOD...
Bosan yang amat sangat....
Tetiba lak jari jemari ku terasa gatal untuk menyelongkar...
Selongkar apa nie?? Huhhh..
Jeng...jeng.....jeng.....
Akhirnya telah ku temui sumthing yang membuatkanku tersenyum seorang diri....
Hihihihihihihihi....
Aku terpandang sebuah album bersama kawan-kawanku....
Semua lukisan ni mengingatkan kembali kenangan dan saat ketika di kampus bersama
teman-teman seperjuangan...
Ya Allah...Betapa aku rindukan saat dan waktu ketika bersama insan bergelar sahabat....


 Lukisan ni adalah hasil karya seorang kawanku bernama INTAN.. 
Comel je kan...Hehehe...
Intan, kalo terbaca entry ni, jgn mare k...Hak3...

 
 Lukisan kat atas ni plak dihasilkan dengan penuh mutu keunggulan oleh kawanku, 
HIZAMI a.k.a Budak Lelaki Sebelah Pintu...
Apsal sebelah pintu? Apsal x buat belakang pintu ke...Depan pintu ke...
Hahahahaha....
Oppsss, sori zami...Juz kidding...Hehehehe..
Cantik lukisan si zami nie...
Bak kata orang, ada seni...Caya lah!


Selongkar punya selongkar, aku jumpa lagi beberapa lukisan yang menarik...
Lukisan ni dibuat oleh kawanku, Nasruddin a.k.a Sassy Boy....
Agaknya si Din ni minat sangat ngan bunga teratai...
That's why, dia lukis benda alah ni....
Lukisan ni pun cantik gak kan...
Siap ada border lagi...
Penuh berseni kawanku sorang ni...
Hahahahahaha.....


Err...Errr...Lukisan sape ni? 
Sape yang lukis ni? 
Apsal buruk je rupanya? 
Errr....Errr.....Errrrr.....
Sape lagi kalo bukan aku...
Hahahaha....

Haah...Cmne ngan lukisan-lukisan tadi?
Cantik tak?? Hikhikhik....
Semua lukisan kat atas tu dilukis oleh kami berempat yang saje je nak tunjuk 
bakat time Pertandingan Melukis sempena Minggu Alam Sekitar... 
Kitorang masuk pun sekadar untuk lepaskan tension...
Menang ke...Kalah ke....Kitorang x kesah...
As long as we are happy, it's more than enough!














Sunday, June 12, 2011

Marilah Mendirikan Solat...

Assalamualaikum....
Untuk entry kali ni, kita akan berkongsi sedikit sebanyak manfaat 
yang diperolehi umat Islam apabila mendirikan solat...


1. Solat sebagai PUNCAK IBADAH

Dikatakan bahawa solat adalah puncak dari segala ibadah kerana solat
 merupakan cara atau proses untuk menghadap Allah S.W.T..


2. Solat sebagai ZIKIR

Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:
" Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tiada Tuhan (yang haq) selain Aku, maka 
sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku." (Thaha:14)


3. Solat sebagai DOA

Solat merupakan cara atau proses untuk bertemu dan berdialog dengan 
Allah S.W.T. Maka, solat itu juga merupakan cara atau proses yang
 paling tinggi dalam berdoa kepada Allah S.W.T...


4. Solat sebagai CARA UNTUK MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH S.W.T

Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang 
demikian itu sungguh berat, kecuali orang-orang yang khusyu'." (Al-Baqarah:45)


5. Solat sebagai CARA MENCEGAH PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR

Allah S.W.T berfirman, yang bermaksud:
"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu iaitu Al-Kitab (Al-Qur'an), dan 
dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) 
keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah
 lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah 
mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut:45)

Ayat Al-Qur'an di atas menjelaskan bahawa solat boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar. Solat juga menjadi dasar bagi kita untuk melaksanakan kebajikan dan menjauhi kemungkaran...

Haaa....Cmne kawan-kawan? 
Sekarang kita dah tahu kan betapa banyaknya kelebihan bersolat ni...
Tunggu ape lagi......
Meh la kita sama-sama hayati ape yang terkandung dalam entry kali ni...
Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH YANG MAHA ESA...

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...Wassalam.....~(^_^)





Saturday, June 4, 2011

--->>InDahNya SeBuaH pErKahWiNaN<<---


Kahwin? Sape kahwin? Aku ke? Eh eh xde la...Member aku yang kahwin...Hik3...Aku tumpang gembira bila tengok makin ramai member2 ku ke jinjang pelamin...Kepada member2 ku yang dah berstatus MARRIED, aku doakan semoga ikatan perkahwinan yang dibina berlandaskan agama kekal hingga ke akhir hayat...Semoga member2 ku sentiasa mendapat kebahagiaan di dunia & akhirat...Semoga generasi yang bakal dilahirkan juga mampu menjadi khalifah yang berjaya dalam apa jua bidang..AMIN...~

Thursday, June 2, 2011

kEiKhL@s@N dan kEjUjUr@N


"Keikhlasan seumpama seekor semut hitam di atas batu hitam pada malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya."


"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."