Saturday, April 24, 2010

Mengapa Ibu Menangis ?


Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa ibu menangis?" Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan." Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.

Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,
sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.

Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua
anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan
dan hatinya.

Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur.
Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa
kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang
melindungi setiap hati dan jantung wanita ?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai
tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji
kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan
menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan
perasaannya....... Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar
dapat digunakan di mana ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!
Inilah airmata kehidupan.


Renungkan bagaimana kita membalas jasa ibu kita

Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan & memandikan kita. Kita
membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.

Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat
untuk kita
Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.

Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon Kita membalas
budinya dengan menconteng dinding dirumah.

Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya.
Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.

Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas
budinya dengan menjerit , " SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH"

Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa
kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dan lain-lain. Kita tidak
langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih, setiap kali Ibu
menghantar kita.

Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita
membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap
rumah jiran kita.

Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu
keluar dari rumah.

Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada "TASTE".

Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.

Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.
Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih saying sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan bersalaman dengan Ibu di luar dorm takut malu dilihat kawan-kawan.

Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin kita ada boyfriend atau girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata, "Ibu ni kepohlah!!"

Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya tak mahu jadi macam ibu!!"

Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri. Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak
cantik kerana Ibu yang belikan.

Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga. Ibu menangis gembira dan
berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu
dengan berpindah 300 kilometre jauh dari Ibu.

Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menalipon dan memberi nasihat tentang
penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman
sekarang lain
Ibu..!!!!"

Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata," saya sibuk!!!!"

Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera.

Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.

Ingat, selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu.

Cuba kita renung dan fikir-fikirkan......

No comments:

Post a Comment